Notis privasi
Kemas kini terakhir 10 Oktober 2026
Notis ini menerangkan bagaimana BYL DIGITAL RESOURCES (“BYL Digital”, “kami”) mengendalikan data peribadi yang dikumpul melalui byl.my, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.
Apa yang kami kumpul
Apabila anda menempah sesi konsultasi atau menghubungi kami, kami mengumpul nama anda, nama bisnes, industri, kawasan, nombor WhatsApp, dan secara pilihan emel serta mesej anda. Analitik kami tidak menggunakan cookie dan tidak mengenal pasti anda.
Kenapa kami mengumpulnya
Untuk membalas pertanyaan anda, mengatur dan membuat persediaan sesi konsultasi anda, dan, jika anda menjadi client kami, untuk menyediakan servis kami.
Dengan siapa kami berkongsi
Penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan website ini dan komunikasi kami, seperti hosting, emel dan Google Calendar untuk tempahan. Kami tidak menjual data peribadi.
Berapa lama kami menyimpannya
Butiran pertanyaan disimpan sehingga 24 bulan kecuali anda menjadi client kami, atau sehingga anda meminta kami memadamnya.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk mengakses, membetulkan atau memadam data peribadi anda, atau menarik balik persetujuan untuk dihubungi, dengan menghantar emel ke sifuwann@byl.my.
BYL Hub
Data yang dikumpul oleh client kami daripada pelanggan mereka sendiri melalui BYL Hub dikendalikan di bawah terma BYL Hub, dengan client kami sebagai pengguna data.
BYL DIGITAL RESOURCES (202303323344 / JM0997116-M)