Langkau ke kandungan

Terma Perkhidmatan BYL Hub

Versi 2026-10-v2

1. Perkhidmatan

BYL Hub (dikendalikan oleh BYL DIGITAL RESOURCES) menyediakan halaman penilaian, kod QR dan papan pemuka untuk bisnes anda mengumpul penilaian dan maklum balas pelanggan.

2. Tanggungjawab anda terhadap platform review

Anda bertanggungjawab sepenuhnya memastikan penggunaan perkhidmatan ini mematuhi polisi platform pihak ketiga, termasuk polisi kandungan Google Business Profile. Tetapan ambang redirect ditentukan oleh anda. BYL DIGITAL RESOURCES tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan oleh platform pihak ketiga terhadap profil atau review bisnes anda.

3. Data peribadi pelanggan (PDPA 2010)

Bagi maklum balas yang dikumpul, anda ialah pengguna data dan BYL DIGITAL RESOURCES memproses data bagi pihak anda. Anda bersetuju menggunakan data pelanggan hanya untuk menyusul maklum balas tersebut, tidak menjual atau menggunakannya untuk pemasaran tanpa persetujuan, dan memadamnya apabila diminta oleh pelanggan.

4. Maklumat bisnes yang tepat

Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai kuasa mewakili bisnes yang didaftarkan, dan pautan review Google, nama, logo serta warna jenama adalah milik atau dibenarkan untuk digunakan oleh anda.

5. Penggantungan

BYL DIGITAL RESOURCES boleh menggantung halaman penilaian sekiranya terdapat penyalahgunaan, maklumat palsu atau pelanggaran terma ini.

6. Perubahan terma

Terma ini mungkin dikemas kini. Anda akan diminta bersetuju semula dengan versi baharu sebelum terus menggunakan perkhidmatan.